Dekad Kesengsaraan, Harapan dan Tindakan
Inilah kisah saya.
Tepat sepuluh tahun lalu, adalah pagi di mana adik, ibu dan saya telah dirompak dan diugut dengan parang di kediaman orang tua saya menjelang subuh. Beberapa jam selepas itu, secara misterinya diesel telah dimasukkan dalam kereta saya yang berminyak petrol, manakala di pusat gerakan pilihanraya kami, laptop saya yang mengandungi pelan terperinci kempen pilihan raya dan dokumen-dokumen rahsia pula telah dicuri. Semuanya berlaku di pagi yang sama.
Kebetulan, waktu itu juga adalah hari keempat daripada 12 tempoh berkempen menjelang hari membuang undi pada pilihan raya umum 2008. Ketika itu kami sibuk berkempen. Saya adalah pengurus kempen untuk kerusi DUN Canning, salah satu daripada tiga di bawah Ipoh Timur. Calon saya ialah seorang muka baru, seorang peguam junior 29-tahun berhadapan dengan calon penyandang dari Gerakan.
Mungkin sahaja ia adalah kebetulan, tetapi pada hemat kami, kami telah merasai sendiri pengalaman permainan kotor oleh Barisan Nasional. Kami tiada masa, atau tiada kudrat untuk rasa tersentak, kami hanya membuat laporan polis dan meneruskan kempen mengikut perancangan dan jadual.
Tetapi ada satu perbualan di pagi itu yang menggamit memori saya. Waktu kami betul-betul di luar pusat gerakan pihak lawan, di mana kereta saya diletakkan. Seorang pak cik menunding ke arah lubang tangki minyak kereta saya dan beritahu saya ada diesel yang meleleh keluar apabila saya cuba dan gagal menyalakan enjin kereta.
Beliau terus buat kesimpulan yang ia adalah hasil kerja ‘orang-orang pihak lawan’. Sudah tentu saya juga fikir sedemikian, tetapi saya tidak ada bukti dan sangat tidak molek untuk kami buat tudahan melalu di depan orang ramai. Pak cik terus menyerah kalah, sambil menyimpul bahawa tiada harapan untuk kita menang.
“Anak muda, awak semua akan dapat undi saya macam 3 pilihan raya yang lepas. Tetapi, saya nasihatkan awak supaya tidak terlalu masuk campur kalau awak mahu ada masa hadapan. Awak semua tidak akan memang, kerana mereka mengawal segalanya. Anak-anak saya sudah ke luar negara, dan tidak akan kembali. Negara ini sudah rosak tidak boleh diselamatkan lagi”, kata pak cik tersebut yang masih terngiang-ngiang di telingan saya hingga ke hari ini.
Walaupun saya meneruskan hidup seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku, sejujurnya saya ada perasaan yang serupa di fikiran saya. Namun rasa amarah, di samping betapa banyak kerja di tangan dan cabaran yang menggunung di hadapan telah memaksa saya untuk menafikan keadaan dan secara anehnya telah memotivasikan produktiviti saya.
Bukan salah saya untuk mengandaikan rompakan tersebut adalah sebahdian permainan politik untuk mengancam kami. Seluruh waktu pagi itu, saya terfikir untuk menarik diri daripada berkempen. Suara adik dan ibu saya menjerit supaya saya membuka pintu bilik tidur selepas diugut dengan parang terngiang-giang telinga saya sepanjang hari. Rasa takut adalah terlalu mendesak untuk diabai, kalau meneruskan usaha saya bermakna kami sekeluarga terus berisiko dengan ancaman yang sama.
Mungkin sifat pentingkan diri atau kedegilan anak muda, saya dapat melawan rasa takut dan terus menjalankan kempen. Ajaibnya, akhirnya, saya lebih berazam dan bersemangat – bukan demi menangkan calon dan parti atau mengalahkan pihak lawan – tetapi demi menyampaikan mesej kami kepada pengundi.
Memasuki PRU ke-12 sedekad lalu, kita tiada pakatan, tiada manifesto bersama, tiada pengalaman dalam kerajaan, malah tiada cita-cita untuk membentuk kerajaan di peringkat mana pun. Objektif dan mesej kami ketika itu ialah untuk menafikan BN majoriti dua pertiga dalam masa-mana cabang legislatif dan untuk memecah hegemoni UMNO-BN.
Di sebalik itu, kami tidak menjangka langsung terhadap tsunami yang telah menimpa kita pada 8 Mac 2008. Rakyat benar-benar takut terhadap kesannya ke atas mereka jika menyokong kami, dan kekuatan jentera rejim BN ada di mana-mana sahaja ke mana kami pergi.
Naratif yang dimainkan di peringkat akar umbi ialah, kemenangan rejim BN adalah satu kepastian dan pihak pembangkang akan terus terperosok di penjuru kehancuran politik.
Saya belum lagi terserempak dengan pak cik yang menasihati saya untuk menarik diri, namun sejarah membuktinya beliau salah. Kami rampas kerusi itu dari Gerakan dengan undi majoriti yang tinggi. DAP menang kesemua 18 kerusi DUN yang ditandingi dan terdapat perubahan kuasa di 4 negeri. Calon saya selepas itu dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak. Rakyat mula berdaulat – bukan sahaja ketika itu, tetapi dalam PRU selepasnya yang menyaksikan kita menang undi majoriti di seluruh negara.
Hari ini, sepuluh tahun selepasnya, kita sekali lagi berhadapan dengan ketidaktentuan pembangkang. Rejim pemerintah menonjolkan kekuatan mereka, semacam 2008. Pemerhati politik meramalkan kegagalan macam dahulu. Bezanya, BN hari ini penuh dengan skandal dan kegagalan dasar di samping kesusahan yang mereka sebabkan ke atas rakyat.
Hari ini, sepuluh tahun selepasnya, pihak pembangkang boleh dengan yakinnya menggelar diri sebagai ‘government in waiting’, dan terdapat ramai rakyat yang telah menikmati hasil usaha demokratik mereka susulan pembentukan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang. Calon saya 10 tahun lalu dan saya, kedua-dua kami wakil rakyat yang muda, masih berpegang teguh dengan azam, prinsip dan keyakinan kami.
Kita juga sekarang punya pasukan aktivis dan ahli parti yang menyertai kami, menggandakan kekuatan angka yang kita ada berbanding dahulu.
Hari ini, sepuluh tahun selepasnya, politik Malaysia telah melalui perubahan besar sejak pilihan raya yang lalu. Perubahan landskap poltik telah berubah dan tanah air sekarang subur dan bersedia untuk perubahan rejim secara demokratik buat kali pertama di Malaysia.
Pada saya, keyakinan mutlak kami terhadap rakyat untuk melakukan perkara yang betul, dan keteguhan pergerakan demokrasi membantu saya bertahan pada hari itu. Sikap jitu yang sama ribuan rakyat Malaysia yang lain itulah yang membawa perubahan pada PRU 2008.
Saya mungkin tidak boleh bercakap bagi pihak lain, saya tidak berusaha atau mengimpikan secara strategik pun tsunami politik dahulu, saya hanya menterjemahkan harapan saya melalui tindakan dan kerja keras. Akhirnya, apa yang berlaku adalah lebih lagi dari apa kami kita harapan dahulu.
Mungkin, apa yang saya minta dari kalian, rakyat Malaysia, ialah untuk terus berpegang teguh kepada Harapan kalian untuk pilihan raya yang akan datang. Terjemahkan ia melalui tindakan dan - mungkin akhirnya kalian akan saksikan hasilnya lebih daripada apa yang kalian impikan.