top of page

Najib Razak Memperbodohkan 52% Pengundi Rakyat Malaysia Yang Mahu Perubahan


Najib menyatakan bahawa kehidupan rakyat Iraq dahulu di bawah pemerintahan diktator kejam, Saddam Hussein adalah lebih baik, berbanding sekarang kerana sekurang-kurangnya rakyat ada makanan di atas meja, anak boleh ke sekolah, keadaan negara aman, dan juga menyatakan bahawa menukar kerajaan adalah "bodoh punya kerja". Memang benar rakyat Malaysia ada makanan di atas meja tetapi makanan di atas meja Najib, lebih mewah daripada kami golongan bawah. Memang benar anak rakyat Malaysia boleh ke sekolah, tetapi anak tiri Najib boleh beli hartanah berjuta-juta dan buat filem holywood. Lebih teruk lagi, rakyat pula diminta untuk berpada-pada dalam perbelanjaan oleh Najib Razak; padahal dia bercuti naik jet peribadi, duduk hotel berpuluh-ribu ringgit semalam dengan suaminya Rosmah. Bagi Najib, 52% pengundi rakyat Malaysia yang menolak BN pada PRU 2013 adalah bodoh. Oleh kerana Najib anggap rakyat Malaysia bodoh, dia bandingkan Malaysia dengan Iraq di bawah pemerintahan diktator Saddam Hussein. Masalahnya, adakah Amerika Syarikat akan menyerang Malaysia? Umum ketahui bahawa pencerobohan tentera Amerika Syarikat, dan UK pada tahun 2003 dengan matlamat penukaran rejim merupakan suatu peperangan yang telah mambawa hancur lebur kepada Iraq. Tetapi yang rakyat Malaysia hendakkan bukannya peperangan, tetapi penukaran kerajaan melalui sistem demokratik berlandaskan perlembagaan persekutuan. Hujah Najib Razak kini terdesak, sehingga tidak masuk akal. Pokoknya, rakyat Malaysia berhak lebih dan bukan sekadar saja ada makanan di atas meja, anak boleh ke sekolah, keadaan negara aman. Yang rakyat Malaysia berhak, adalah Pendidikan Tinggi percuma dan layanan yang adil dan saksama terhadap anak muda Malaysia. Yang anak Malaysia hendakkan adalah sebuah ekonomi yang dinikmati oleh semua golongan rakyat. Justeru, rakyat Malaysia perlu dibebaskan dari cengkaman penguasa, dan pada masa yang sama pencuri, penyamun dan perompak wajib dibawa ke muka pengadilan.


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page