Kenaikan Harga Minyak, Siapa Yang Untung?
Apabila kenaikan harga minyak berlaku, golongan pengusaha minyak (petrolem dealers) sering disalah sangka sebagai pihak teruntung. Malangnya ini jauh daripada kisah benar. Seperti peniaga-peniaga dalam industri dan bidang yang berlainan, kenaikkan harga minyak juga turut mengakhibatkan kenaikkan kos dalam bidang pengusahaan stesyen minyak. Kepada mereka, kenaikkan harga sebanyak RM0.20 se liter sebenarnya mamaksudkan implikasi kewangan yang cukup mendadak, dan memberi impak negatif terhadap perniagaan mereka yang amat merunsingkan.
Dengan peningkatan kos seperti kadar bayaran elektrik, caj kad kredit, cukai cukai tempatan, implikasi perlaksannaan gaji minima dan juga berbagai bagai caj oleh pihak syarikat petroleum masing masing telah mendesak sesetangah dealers ke ambang kemuflisan. Pada masa yang sama, saya boleh nampak bahawa keterdesakan para pengusaha minyak masa kini adalah satu lagi petanda bahawa kerajaan pusat BN sedang melaksanakan 'damage control' melalui strategi 'squeezing the business and middle class' . Selain daripada mesej utama yang disampaikan oleh PPDA dalan kenyataan mereka, ia adalah wajip kepada syarikat petroleum untuk menyumbang balik kepada dealers yang merupakan garisan hadapan yang telah sekian lama tertindas oleh kesemua pihak, termasuk kerajaan dan syarikat petroleum sendiri. Saya mencadangkan kepada syarikat petroleum supaya menyokong permintaan para dealers dan mengkaji semula syarat-syarat keyuranan yang tidak munasabah agar para pengusaha tidak terus tertindas. Satu lagi punca krisis ini, disebabkan oleh ketiadaan undang undang yg mencukupi untuk memelihara kepentingan pihak pengusaha daripada caj-caj, dan beban-beban yang lain oleh syarikat minyak adalah suatu masalah yang harus dikaji oleh pembuat dasar dan sistem perundangan (legislature). Saya merayu kepada semua ahli-ahli parlimen supaya isu ini dikaji dan diutarakan, supaya kepentingan golongan pengusaha minyak akan dipelihara.