top of page

Desentralisasi dan Penglibatan Awam

Desentralisasi dan penglibatan awam dalam konteks pembuatan dasar pengangkutan awam. Walaupun kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan adalah daripada parti yang sama, sikap baik sangka saya memberi ruang kepada saya untuk mengandaikan bahawa tidak mustahil jika pihak kerajaan negeri merasa kecewa, dan mungkin juga rasa tertindas, apabila direktif atau perintah diturunkan oleh agensi-agensi kerajaan di putrajaya, yang bercanggah dengan lojik atau tidak masuk akal. Mengambil contoh, apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang baru-baru ini mengeluarkan perintah larangan kepada bas-bas ekspres daripada mengambil atau menurunkan penumpang dimana-mana melainkan Terminal Amanjaya (TAJ) di Jelapang. Pendirian saya dan juga pihak oposisi adalah kami menyokong konsep terminal pusat pengangkutan (central transportation hub) tetapi tidak setuju dengan perintah larangan tersebut sebelum perkhidmatan bas pengantara atau dengan izin, (feeder buses) yang mencukupi disediakan untuk seluruh kawasan bandaraya Ipoh.


Saya diantara beberapa individu yang mengambil inisiatif untuk memahami kesusahan yang dihasilkan oleh perintah larangan ini secara lebih mendalam.Apabila penduduk kawasan saya hendak pergi ke Terminal Amanjaya untuk mengambil perkhidmatan bas ekspres ke luar negeri, mereka terpaksa menempuh menanggung yang berikut


• perkhidmatan bas perantara yang tidak konsisten, tidak menepati masa malah tidak mengikut apa apa jadual yang sedia dikongsikan dengan pengguna.Boleh dikatakan, pengguna tidak mempunyai apa-apa sandaran maklumat, hanya bertawakkal kosong.


• Perkhidmatan bas pengantara dari mana-mana kawasan di ipoh hanya disediakan di antara jam 7 pagi dan 7 petang. Waktu-waktu diluarnya, rakyat terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi atau yang lain.


• Masa yang diambil dari mana-mana perhentian bas di Jalan Pasir putih menuju ke Terminal Amanjaya, ketika tiada kesibukan lalulintas adalah satu jam lima puluh lima minit. Memandangkan bahawa jarak perjalanan tersebut tidak perlu melebihi tiga puluh minit, masa yang diambil sedemikian rupa sebenarnya amat tidak munasabah.


• Apabila saya melakukan tinjauan dan penyelidikan sendiri, saya mengetahui dan merasai sendiri kesusahan yang ditanggung oleh anak anak Ipoh akibat perintah larangan SPAD berkenaan.Saya juga turut meninjau sekali lagi TAJ pada pukul 9 malam, dan saya dapati langsung tiada bas pengantara yang disediakan.Manakala harga perjalanan teksi daripad TAJ ke Pasir Pinji, sebelum 12 malam, tidak kurang daripada RM40.Dan diantara Jam 12 malam sehingga 6 pagi, harganya tidak ditetapkan, sebaliknya bergantung kepada pemandu teksi dan ia boleh mencecah tidak kurang daripada daripada RM55.


Masalah pokok yang disedari apabila timbulnya isu ini ada dua peringkat

Peringkat satu, adalah DASAR, dan kemudiannya PERLAKSANAAN yang tidak sempurna.


Sukar untuk saya percaya, bahawa pihak kerajaan negeri tidak menyedari akan wujudnya masalah kekurangan serius bas perantara ke TAJ ini. Dan jika sememangnya kerajaan negeritidak sedar, maka masalah yang kita hadapi sesungguhnya lebih mendalam daripada jangkaan asalnya.Ada pun jika kerajaan negeri sedar tetapi tetap membiarkan pihak SPAD untuk menurunkan perintah larangan berkenaan, ini jelas menunjukkan ketidakupayaan kerajaan negeri untuk membela rakyat yang mengundinya, daripada pemegang kuasa kerajaan Pusat.


Kerajaan negeri mempunyai masa yang cukup panjang, iaitu Daripada 2009 sehingga sekarang untuk berusaha menaik taraf, dan menambah prasarana perkhidmatan pengangkutan awam dari kawasan Bandar ke TAJ, sebelum TAJ dirasmikan pada bulan September 2012.


Malangnya ini tidak berlaku. Sebuah projek yang sepatutnya membawa kesan positif kepada Bandaraya Ipoh, sebaliknya menyusahkan pengusaha bas bas ekspres, dan paling penting sekali, mangsa utamanya adalah rakyat sekeliling Ipoh.


Pada perbahasan yang lebih mendasar, hakikat ini menjadi contoh yang menunjukkan bahawa penetapan dasar oleh pihak kerajaan, baik di peringkat pusat atau di negeri Perak ini, hanya berdasarkan kepentingan beberapa puak namun tidak mempedulikan kepentingan utama rakyat ipoh dalam konteks ini, dan ia mendukacitakan apabila tiada apa-apa mekanisma yang membolehkan penglibatan awam dalam proses pembuatan dasar.

Kekurangan atau ketiadaan secara lansung, penglibatan awam dalam proses pembuatan dasar adalah sesuatu yang amat ketinggalan zaman dan tibalah masanya Kerajaan Perak mengenengahkan budaya pentadbiran yang baru melalui peningkatan penglibatan dan konsultasi awam seperti yang dipraktikkan secara amat memberangsangkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.


Satu lagi isu besar yang bersifat dasar, yang boleh ditonjolkan di sini adalah keperluan desentralisasi, penyahpusatan, atau dengan izin (decentralisation). Dengan mengambil contoh negara jiran kita Indonesia, pemerintahan era Suharto mengalami banyak kegagalan apabila penetapan dasar terjadi secara pemusatan, ketika mana kerajaan pusat hakikatnya tidak mampu menyediakan penyelesaian kepada masalah dan keperluan lokaliti yang pelbagai.

Dan selepas terjadinya reformasi desentralisasi, ia telah mengurangkan penetapan keputusan oleh kerajaan pusat ke atas lokaliti. Hasilnya, banyak kejayaan muncul di beberapa daerah, kesan daripada minimumnya campur tangan oleh kerajaan pusat yang tidak mungkin lebih arif terhadap keperluan rakyat tempatan berbanding dengan pentadbir-pentadbir tempatan itu sendiri.


Memetik pengajaran Islam yang amat saya hormati, seperti yang disebut, satu kata-kata


"orang Mekah lebih tahu lorong-lorong Mekah",


yakni penduduk dan pentadbir tempatan lebih mengetahui tentang keperluan, cabaran dan keadaan di daerahnya, justeru pendapatnya mesti dihormati dan diambil kira.

Saya mengharapkan agar kerajaan negeri memerhatikan hal ini secara serius, bagi memastikan keputusan berlogik songsang oleh Putrajaya yang menyusahkan rakyat Ipoh dan Perak tidak berterusan. Marilah bersama-sama kita menyertai kempen untuk memulakan diskusi, wacana dan debat mengenai polisi desentralisasi. Saya harap dengan sikap non-partisan (tidak berdasarkan perbezaan parti) kita dapat memberi tekanan padu kepada kerjaaan pusat untuk mengusahakan desentralisasi dalam beberapa bidang kuasa supaya kerajaan-kerajaan negeri, baik BN atau PR dapat melaksanakan apa yang terbaik untuk rakyat dan masyarakat tempatan mereka, khususnya kepada kita di Perak.


霹雳州第13届州议会刚结束,虽然众多口头及书写问题皆不被回答,但所有州议员都获得了发言机会。其中,兵如港州议员李存孝发表了有关公民参与及地方分权的言论。

由于这课题是马来西亚有史以来第一次在国阵执政州被反对党在州议会上提出来,受到了大臣占比利的注目,并在其辩论结词中提及。他也在州议会上承诺将设立一个由州管理的公共交通政策委员会。

民联州议员李存孝及发表公共交通政策问题的陈家兴在州议会外受到了占比利的邀请,以参与此委员会。虽然政党不同,但占比利却对由民联代表所提出的建议表示兴趣,这显示了地方分权的课题不容忽视。

无论如何,霹雳州是否真的会落实此公共交通委员会,并邀请民联议员参与,抑或只是国阵对民联的敷衍性假话,就得用时间去证明。

地方分权及公民参与公共交通决策

虽然中央政府及州政府皆来自同一政党,但李存孝估计当州政府接获中央政府任何不合逻辑或难以服从的命令,却又必定要执行时,也会感到压迫感,就像当公共服务委员会下令禁止怡保市区所有长途巴士停止市区载客,并规定必须应用九洞安定繁荣巴士总站接送乘客时。

身为在野党的他认为巴士集中在主要车站是一个非常好的决策,但绝不同意在整个怡保市区没有足够接驳巴士前,下令停止市区载客。

为 了更深切地体察人民受此禁止令而产生的困扰,李存孝和几位志愿者亲自从兵如港乘搭巴士到九洞安定繁荣巴士总站。他发现,当其选区的人民要到此总站搭巴士到 其它州属时,他们必须面对不准时的巴士服务及车站内没有任何时间表提供予乘客的问题。乘客除了等待,并没有任何方法获知准确的巴士到达时间。

怡保区内所有的巴士服务只限于早上七点至傍晚七点。其它时间人民必须乘搭的士。

公共交通政策缺乏妥善计划

从兵如港至九洞安定繁荣巴士总车站的实际距离仅需三十分钟。但在没有堵车的情况下,巴士乘客们却必须花至少一小时五十分钟的车程才能到达目的地,可见所消耗的时间是不合逻辑的。

在这次亲自观察及体验巴士服务的行程中,李存孝深深地感受到了这禁止令带给怡保子民们的难处。到了当天晚上八点,他再次回到安定繁荣巴士总站,并发现的确没有任何巴士接载服务。

至于的士服务,从安定繁荣巴士总站到兵如港,半夜十二点前的收费是四十零吉以上,十二点至凌晨六点则依据不同的司机所收费,但通常不多于五十五零吉。 导致这问题的主因有两个,一是政策制定的过程,二是不完善的实施方法

对 于州政府没考量到缺乏接驳巴士所导致的问题,他感到十分难以置信。倘若州政府的确没发现所在问题,那意味人民面对着比想象中严重的问题。相反地,若州政府 在发现问题的情况下,依然执行公共服务委员会所下的禁止令,成为中央政府的傀儡,这则显示了州政府的无能,低首于中央政府的权利而无法照顾其子民们。

中央集权

据了解,我国是全世界,中央政府最集权的国家,几乎所有政策皆属于中央权限内。 从2009年至2012年期间,当九洞安定繁荣巴士总站还未正式宣布启动时,州政府绝对有足够的时间去提升整个怡保区的公共交通服务设施,但他们却没这么做。一个原本为带动怡保而发展的计划,竟成了令巴士业者及乘客们受苦的主因。

国家治理如果事事都依赖中央政府,将会导致效率低下,治理不善,最终受苦的是人民。

公众参与公共政策制定

显然地,地方政策由州政府来制定比较适合,唯必须让人民有机会参与政策制定过程,并对计划的发展蓝图进行战略性环境影响评估。因为在参与的过程中,人民能准确地表达自己的利益偏好,他们的参与绝对有利于增强任何政策的可持续性。

缺乏或没有公众参与的政策制定过程已经落伍了,霹雳州政府应该向新式政治看齐,在制定过程中提高公众的参与及咨询,就像由民联政府掌首的槟城州那样。

实施地方分权

除此,还有另一个例子可以显示地方分权的重要性。邻国印尼在苏哈多统治时期,同样执行了中央政策制定,由于无法解决甚多的地区性的问题及需求,面对了种种挫败。但自从进行了地方分权的改革后,它减轻了中央政府的治理负担,结果许多地方因此而发展蓬勃。州政府由于接近选民,能够较好地了解并掌握当地居民的需求偏好。其中一句话摘自受尊敬的回教 :“Orang Mekah lebih tahu lorong-lorong Mekah” 换句话说,只有当地政府及领袖才能真正地了解其地区的社会经济特殊性,及明白该地区人民所需要或所缺乏的。

由于我国各州的风俗习惯、地理环境、经济发展及历史文化等方面的分别有差,中央政府犹如下圣旨般地实施一些不适合该州的政策,只会严重地影响人民生活。

地方分权的政策利多于弊,希望中央以及州政府能认真地考量其合理性和必要性,并接纳此意见。

李存孝希望大家能抛开国阵与民联彼此间的政治分歧,一起对地方分权的政策进行讨论,对话或辩论。他呼吁大家齐心协力与中央政府合作,把地方分权的好处转化为现实,落实各州拥有自己的主治权,尤其在公共交通政策方面。只有这样,国家才能为人民作出更好的计划及发展。

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page